Month: February 2019

Misteri Dilaila: Selamat Kembali Syafiq Yusof!

Saya mengikuti perkembangan Syafiq Yusof sejak dari mula dia cuba cuba menjadi pengarah dengan mengarah beberapa filem pendek di akaun youtube peribadinya. Syafiq kemudiannya menjadi pengarah termuda ketika menghasilkan filem SAM. Cubaan pertama dari anak muda ini berjaya mengutip RM 1.88 juta, jumlah yang tidaklah sebanyak kutipan filem-filem arahannya pada tahun-tahun mendatang (kecuali Desolasi) tetapi cukup memberi petanda yang ada sesuatu dari anak muda berusia 18 tahun ini (ketika dia mengarah filem SAM) yang perlu diberi perhatian. SAM, walaupun tidaklah sempurna menampakkan semangat membuak buak Syafiq dalam mempersembahkan karyanya. Dengan jalan cerita yang lain dari kebiasaan, Syafiq menghidangkan satu permainan baru untuk penggemar filem Malaysia yang pada ketika itu masih berada pada era di mana filem filem mat motor dan …

Misteri Dilaila: Selamat Kembali Syafiq Yusof! Read More »

Sokola Rimba: Hak Pendidikan Anak Anak Rimba

Pendidikan adalah hak untuk setiap kanak kanak di dunia. Menurut satu kajian yang dijalankan pada tahun 2014, seramai 60.12 juta kanak kanak (pendidikan awal) seluruh dunia masih dinafikan hak asas ini. Walaupun jumlah ini makin berkurang tahun demi tahun, angka ini dilihat masih tinggi memandangkan data tersebut hanya merangkumi kanak kanak yang sepatutnya mendapat pendidikan awal. Angka keseluruhan untuk kanak kanak sehingga remaja yang tidak mendapat pendidikan adalah seramai 263 juta. Dalam pada kita seronok menjalani mudahnya hidup di alam milenia, jauh di pendalaman benua Afrika misalnya, masih ramai kanak kanak yang tidak mengenal huruf! Filem Sokola Rimba merupakan arahan Riri Riza, pengarah berbakat yang pernah mengarah Petualangan Sherina dan Ada Apa Dengan Cinta yang pada pendapat peribadi aku merupakan …

Sokola Rimba: Hak Pendidikan Anak Anak Rimba Read More »