Category: Film Review

Film Review

Misteri Dilaila: Selamat Kembali Syafiq Yusof!

Saya mengikuti perkembangan Syafiq Yusof sejak dari mula dia cuba cuba menjadi pengarah dengan mengarah beberapa filem pendek di akaun youtube peribadinya. Syafiq kemudiannya menjadi pengarah termuda ketika menghasilkan filem SAM. Cubaan pertama dari anak muda ini berjaya mengutip RM 1.88 juta, jumlah yang tidaklah sebanyak kutipan filem-filem arahannya pada tahun-tahun mendatang (kecuali Desolasi) tetapi cukup memberi petanda yang ada sesuatu dari anak muda berusia 18 tahun ini (ketika dia mengarah filem SAM) yang perlu diberi perhatian. SAM, walaupun tidaklah sempurna menampakkan semangat membuak buak Syafiq dalam mempersembahkan karyanya. Dengan jalan cerita yang lain dari kebiasaan, Syafiq menghidangkan satu permainan baru untuk penggemar filem Malaysia yang pada ketika itu masih berada pada era di mana filem filem mat motor dan […]

Film Review

Sokola Rimba: Hak Pendidikan Anak Anak Rimba

Pendidikan adalah hak untuk setiap kanak kanak di dunia. Menurut satu kajian yang dijalankan pada tahun 2014, seramai 60.12 juta kanak kanak (pendidikan awal) seluruh dunia masih dinafikan hak asas ini. Walaupun jumlah ini makin berkurang tahun demi tahun, angka ini dilihat masih tinggi memandangkan data tersebut hanya merangkumi kanak kanak yang sepatutnya mendapat pendidikan awal. Angka keseluruhan untuk kanak kanak sehingga remaja yang tidak mendapat pendidikan adalah seramai 263 juta. Dalam pada kita seronok menjalani mudahnya hidup di alam milenia, jauh di pendalaman benua Afrika misalnya, masih ramai kanak kanak yang tidak mengenal huruf! Filem Sokola Rimba merupakan arahan Riri Riza, pengarah berbakat yang pernah mengarah Petualangan Sherina dan Ada Apa Dengan Cinta yang pada pendapat peribadi aku merupakan […]

Film Review

New Year, New Day and Two Spanish Films

The Bar I always like ‘whodunit’ type of film and was expecting The Bar (el Bar) is one of that kind. I was wrong but still, it is one hell fun film to watch in your spare time. But only, if you stop questioning how illogical it is. The Bar is a film about a bunch of people, getting trapped in a bar in downtown Madrid while tragedy happens. These ordinary class of people, never expected their day gonna take a disastrous turn when shooting spree killed the first person who just went out of the bar. And the film starts there, with this group of misfit people consisting a crazy guy, a sacked policemen, a women’s lingerie seller, a […]

Film Review

One Two Jaga

Filem ini adalah realiti dan realiti selalunya tak fun dan hodoh. Bukan aku nak cakap filem ni buruk, tapi jangan kau ‘expect’ apa yang selalu kau tengok dalam filem filem lokal yang lain. Watak polis dalam filem ni tak macam dalam drama ‘Oh Abang Polis’ yang segak, kacak dan duduk di rumah semi-D dengan sekurang kurangnya memakai kereta buatan Jepun kalaupun tidak kereta buatan Eropah. Polis dalam filem ini boroi, duduk rumah flat biasa dan memakai kereta Wira buruk. Kuala Lumpur dalam filem ini bukan lah sekitar Bukit Bintang yang tersergam indahnya Pavilion. Kuala Lumpur dalam filem ini adalah Chow Kit yang penuh sisi kotor dengan ribuan warga asingnya. Dari situ kau dah boleh agak filem ni macamana kan? Filem […]

Film Review

#mother! Earth?

WARNING : This review contain spoilers. This movie is not even on my radar up until few weeks ago when one of my twitter friend keeps tweeting about it. Of course I dig up more about the film after that as it’s directed by Aronofsky, the person behind Black Swan and Requiem for a Dream. Classified as one of the most insane film from recent years by some critics, I couldn’t wait to watch ‘mother!‘ and was expecting another out of box horror flick, maybe another Get Out (because this year we got so many good horror flicks, 2017 is a good year for the genre). I WAS WRONG. It was not another horror flick, not even something different like […]

Film Review

Dilan 1990: Menyelami Cinta Alam Remaja

” Jangan rindu. Berat. Kamu nggak akan kuat, biar aku saja. ” . 16 tahun lepas, satu filem cinta remaja pernah menyelamatkan industri filem indonesia yang dilihat telah mati (sepanjang 90an sehingga awal 2000, industri filem Indonesia mengalami zaman kejatuhan yang paling buruk dalam sejarah apabila hanya 2 hingga 3 filem dihasilkan setahun dan kebanyakannya bertemakan seks. Zaman ini sehingga hari ini digelar sebagai zaman kematian suri oleh pemerhati filem Indoensia) . Filem tersebut, bersama dengan filem Petualangan Sherina selamanya akan dikenang sebagai dua buah filem yang memberi nafas baru sekaligus menghidupkan kembali industi perfileman Indonesia. Demikianlah hebatnya cinta, mampu menghidupkan industri yang telah mati. Maka janganlah ditanya Ada Apa Dengan Cinta (pun intended). 16 tahun selepas Ada Apa Dengan […]

Film Review

JAGAT – REALITI ITU, PAHIT!

Jujur aku bukan penggemar filem tamil, malah aku tak pernah menonton walau satu pun filem tamil sampai habis sepanjang 22 tahunaku hidup. Pada aku, filem tamil ada semua elemen fiksyen tak masuk akal yang sangat menjengkelkan ( fiksyen itu memang kadang melangkau logik tetapi filem seharusnya meyakinkan penonton yang benda tidak logik yang sedang mereka lihat itu adalah logik dalam dunia filem itu tetapi kebanyakan filem tamil gagal dalam hal ini sehingga menjadikan fiksyen yang melampau itu kelihatan jelik, ini pendapat peribadi aku ) . Jadi bila berita tentang kehebatan filem tamil tempatan, Jagat mula tersebar, nak taknak aku terpaksa juga tengok filem tamil buat pertama kali. Dan keputusan aku tepat. Melalui filem Jagat, kita dibawa menyelusuri watak seorang budak […]

Film Review

#OlaBola

Filem sukan bukanlah genre popular dalam industri filem Malaysia. Cubaan demi cubaan menghasilkan filem dalam genre ini selalunya berakhir dengan kegagalan. Cinta 500 ela, libas, hooperz, gila bola, gol dan gincu semuanya mendatangkan kerugian. Teori aku, ( ini teori aku sendiri dan aku bukan ada phd maka ini teori syok sendiri ) ini terjadi sebab filem filem berkonsepkan sukan selalunya berbentuk ‘formulaic’ dan mempunyai struktur filem yang sama. Okay nak mudah, aku letak contoh guna konsep three-act structure yang paling asas. 1. The setup ( act one ) : okay macam biasa setup jalan cerita yada yada yada. Selalunya tentang hero/heroin yang nak menang dalam satu acara sukan. 2. Second act : Problem. Selalunya akan ada masalah. Masa ni lah […]

Film Review

#PEK4K

Sebaik tamat filem ini, aku terdiam ditemani lagu sepanjang riwayatku versi they will kill us all. Filem neo-noir ini sunyi, gelap dan depressing gila. Aku tak menjangkakan ini memandangkan filem Pekak diiklan dan dipromosikan sebagai kisah percintaan Uda dan Dara ( walaupun aku tahu ia takkan jadi seperti filem cinta ataupun drama cinta slot akasia dimana semuanya manis manis macamlah hidup ni kisah dogeng disney ). Dan aku silap. Pekak adalah definisi terbaik -cinta adalah tragedi yang menunggu masa untuk ditulis. Pekak adalah jari tengah untuk semua kisah cinta indah yang kita tengok dalam tv sambil kita tersengih sengih melihat betapa indahnya cinta. Pekak adalah realiti. Dan realiti itu pahit dan boleh menghentak bila bila semacam hentakan dikepala Uda ketika dia […]

Film Review

Menonton Interchange (kali kedua)

Aku suka Dain Said. Bunohan masih lagi filem melayu terbaik yang pernah dihasilkan ( pada pendapat aku lah, pada pendapat kau suka hati kau lah kalau kau nak rasa Adnan Sempit filem terbaik pun peduli apa aku ). Jadi bila setelah sekian lama tanpa filem baru, Dain muncul dengan Interchange. Aku cuba suka Interchange walaupun agak kecewa selepas kali pertama menontonnya. Semalam, sekali lagi aku pergi menonton Interchange dan … Aku bagi analogi mudah – Kata kan lah filem mempunyai banyak lapisan. Lapisan pertama, apa yang ditonton oleh majoriti penonton. Struktur asas dan plot filem. Interchange secara asasnya menceritakan tentang Detektif Azman yang menyiasat tentang pembunuhan misteri yang berlaku di bandar dalam filem ini. Okay itu je cerita dia sebenarnya […]