#OlaBola

Filem sukan bukanlah genre popular dalam industri filem Malaysia. Cubaan demi cubaan menghasilkan filem dalam genre ini selalunya berakhir dengan kegagalan. Cinta 500 ela, libas, hooperz, gila bola, gol dan gincu semuanya mendatangkan kerugian. Teori aku, ( ini teori aku sendiri dan aku bukan ada phd maka ini teori syok sendiri ) ini terjadi sebab filem filem berkonsepkan sukan selalunya berbentuk ‘formulaic’ dan mempunyai struktur filem yang sama. Okay nak mudah, aku letak contoh guna konsep three-act structure yang paling asas.

1. The setup ( act one ) : okay macam biasa setup jalan cerita yada yada yada. Selalunya tentang hero/heroin yang nak menang dalam satu acara sukan.

2. Second act : Problem. Selalunya akan ada masalah. Masa ni lah kita akan ditunjukkan dengan scene scene yang hero/heroin gagal berulangkali atau ada problem nak achieve apa yg dah disetup.

3. Resolution. Part yang mana akhirnya hero/heroin dapat solve problem dan menang. Selalunya ia dibuat dengan epik. Sampai berderau darah kita tengok sambil fikir ya tuhan powernya hero/heroin ni.

Makanya filem berkonsepkan sukan mudah jatuh kedalam kategori cliché dan stereotype di mana penonton kurang tertarik untuk menonton sebab ending dia kita dah tahu. Jadi apa yang boleh menyelamatkan filem berkonsepkan sukan? Mudah – Subplot yang baik dan tema yang menarik.

Dan Ola Bola ada kedua dua benda tersebut.

Subplot dalam filem Ola Bola aku kira agak baik. Ada sedih, ada kelakar, cukup rencah dan sebati bila digaul dengan main plot. Korang tengoklah sendiri. Tema – ramai yang bercakap tentang tema perpaduan antara kaum yang cuba dibawa oleh filem ini. Satu yang aku perasan, filem ini tidak cuba menjadi ‘pretentious’ dengan meletakkan babak babak perpaduan kaum yang artifisial dan jelik. Sebelum kita pergi lebih jauh dalam hal ini, aku nak ingatkan beberapa tentang perpaduan kaum di Malaysia :-

Malaysia bukan lah Indonesia yang hubungan antara kaum bersifat asimilasi dimana ciri ciri asal sesuatu etnik dihapuskan untuk membentuk satu kaum yang baru. Macam kat Indonesia, cina Indonesia, india Indonesia pun berbangsa Indonesia banyak saja cina disana bernama Gunawan. Kat Malaysia, kita masih mengekalkan ciri ciri setiap kaum dalam menjalani kehidupan bersama di bawah satu negara dan hakikatnya, perpaduan hanya terpupuk melalui medium medium yang boleh menyatukan – contohnya di tempat kerja ( kerja sekali ) atau melalui sukan atau ketika berada di sekolah kebangsaan; misalnya.Hal ini mungkin terjadi kerana dasar pecah dan perintah British satu ketika dulu.

Bila aku kata Ola Bola tidak cuba menjadi jelik dengan menokok tambah perpaduan di Malaysia, aku merujuk babak babak dimana kesepaduan kaum dipaparkan di tempat kerja dan ketika acara sukan ; betul. Babak ketika menonton bola sepak juga betul; Melayu, cina dan india semua menyokong satu pasukan yang sama tetapi melayu pergi stadium dengan melayu; cina pergi stadium dengan cina, india pergi stadium dengan india. Filem ini boleh saja menjadi jelik kalau kalau dia buat satu babak tiga sekawan cina melayu india pergi ke stadium bersama. ITU TIPU ( bukan lah tak ada tiga sekawan melayu cina dan india pergi menonton bola sepak bersama tapi jarang ) sebab kalau nak kata perpaduan kaum sangat kukuh waktu tu pun kita kena ingat – peristiwa 13 Mei berlaku 10 tahun sebelum latar masa filem ini.

Filem ni bukan lah cuba memaparkan perpaduan di Malaysia pada waktu itu dengan menokok tambah perasa untuk menunjukkan betapa harmoninya negara kita tapi ia memapar realiti sebenar – satu ketika dulu kita pernah bersatu kerana sukan bola sepak. Aku mengaku yang aku nak menangis masa scene melayu cina india dengar bola sepak melalui radio kat fun fair. Entah apasal aku rasa scene tu power. Power gila babi.

OST filem ni pun tepat penggunaannya. Ada satu babak lagu Zee Avi masuk masa scene Tauke dengan Muthu dalam kereta dan aku rasa power gila. Satu panggung senyap, lagu berkumandang, takde satu dialog pun dari Tauke dengan Muthu tapi kita dapat rasa apa yang diorang tengah rasa. Sebab OST power gila. Rasa nak menangis. ( Amboi banyak nak menangis je ni ).

Sinematografi filem ni kau jangan cakaplah, filem Chiu kot. The Journey pun dah macamana kan? Lakonan para pelakon pun on off, ada scene okay ada scene tak okay sebab diorang mostly first time berlakon tapi alah filem filem Melayu yang aku suka macam Dari Jemapoh ke Manchestee, Gadoh dengan Kami The Movie pun lakonan pelakon pelakon kayu gila jugak. Itu semua teknikal, asalkan jujur dia akan sampai jugak. Tapi Bront Palarae power gila, gila pun tak power macamtu.

Filem ni sebenarnya bukan filem yang perfect tapi dia macam persembahan live dari band yang gitar lari sikit, bass takdelah sharp sangat, drum lambat masuk, penyanyi suara biasa biasa tapi diorang punya persembahan jujur dan penuh penghayatan. Dan dalam dunia ni kalau benda tu jujur, dia akan sampai, lagi sampai dan terkesan dari benda yang perfect.

Psss : sayangnya semua tinggal sejarah. Down betul kahkahkah

Misteri Dilaila: Selamat Kembali Syafiq Yusof!
Saya mengikuti perkembangan Syafiq Yusof sejak dari mula dia cuba cuba menjadi pengarah dengan mengarah beberapa filem pendek di akaun
Read more.
Sokola Rimba: Hak Pendidikan Anak Anak Rimba
Pendidikan adalah hak untuk setiap kanak kanak di dunia. Menurut satu kajian yang dijalankan pada tahun 2014, seramai 60.12 juta
Read more.
New Year, New Day and Two Spanish Films
The Bar I always like ‘whodunit’ type of film and was expecting The Bar (el Bar) is one of that
Read more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *