#PEK4K

Sebaik tamat filem ini, aku terdiam ditemani lagu sepanjang riwayatku versi they will kill us all. Filem neo-noir ini sunyi, gelap dan depressing gila. Aku tak menjangkakan ini memandangkan filem Pekak diiklan dan dipromosikan sebagai kisah percintaan Uda dan Dara ( walaupun aku tahu ia takkan jadi seperti filem cinta ataupun drama cinta slot akasia dimana semuanya manis manis macamlah hidup ni kisah dogeng disney ).

Dan aku silap. Pekak adalah definisi terbaik -cinta adalah tragedi yang menunggu masa untuk ditulis. Pekak adalah jari tengah untuk semua kisah cinta indah yang kita tengok dalam tv sambil kita tersengih sengih melihat betapa indahnya cinta. Pekak adalah realiti. Dan realiti itu pahit dan boleh menghentak bila bila semacam hentakan dikepala Uda ketika dia sedang menulis namanya di telapak tangan Dara.

Abaikan separuh masa pertama filem ini yang pada aku agak pretentious dan membosankan ( penuh dengan babak anak muda bersuka ria dan berbual hal on tak on hahaha ). Semua tu dapat maafkan dengan babak babak akhir yang sangat wow. Ending filem ini menyaksikan watak Uda ( yang kompleks dalam diam ) memilih untuk selama lamanya hidup dalam kesepian yang sunyi dari mendengar isi dunia yang bingit. Damn depressing gila ( tahap depressing dia mengingatkan aku filem confession ).

Oh ya, perhatikan amerul affendi yang penuh warna dalam kegilaannya sampai aku terfikir yang dia mungkin boleh bawak watak joker lagi baik dari vokalis Thirty seconds to mars tu hahaha. Filem ini jauh dari sempurna ( semangat filem indie menjadikan ia cantik dalam tak sempurna ) tapi sekurang kurangnya ia sesuatu yang segar untuk sinema kita dan penambahan yang baik untuk katalog filem ‘ coming of age ‘ lokal yang tak banyak – aku kasi 4 bintang. Lepas ni kita tunggu Hanyut ( yang sebenarnya aku dah tengok dekat indonesia ) dengan Interchange pulak. Yayers 🎊🎉!

Pss : mungkin watak azman picasso adalah simbolik kepada semua karyawan filem yang menghasilkan filem filem art yang takde siapa faham dan berminat untuk tengok dan dia akhirnya mati ditikam karyanya sendiri ( jatuh miskin, muflis dan hilang modal ). Hahahaha kot?

Misteri Dilaila: Selamat Kembali Syafiq Yusof!
Saya mengikuti perkembangan Syafiq Yusof sejak dari mula dia cuba cuba menjadi pengarah dengan mengarah beberapa filem pendek di akaun
Read more.
Sokola Rimba: Hak Pendidikan Anak Anak Rimba
Pendidikan adalah hak untuk setiap kanak kanak di dunia. Menurut satu kajian yang dijalankan pada tahun 2014, seramai 60.12 juta
Read more.
New Year, New Day and Two Spanish Films
The Bar I always like ‘whodunit’ type of film and was expecting The Bar (el Bar) is one of that
Read more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *