Terbaik Dari Langit : Kasi aku ulas watak dan perwatakan je dulu

Nota : ulasan aku penuh spoiler.

Filem ni ada banyak lapisan jadi aku rasa penonton yang malas berfikir pun boleh enjoy dengan hanya menonton lapisan pertama filem ni yang banyak adegan adegan kelakar. Adegan adegan kelakar dalam filem ni banyak adegan adegan kelakar yang tak tolol, bukan kelakar membodohkan diri. 

Okay ni aku punya pendapat sendiri tentang filem ni.

Filem ni ada lima watak utama. Ali, Berg, Ijam, Toyu dan Sofea Jane. Watak watak ini sebenarnya imej imej watak sebenar dalam kehidupan seharian kita. Disekeliling kita, kalau kita bukan Ali, Berg, Ijam, Toyu atau SOfea Jane sekalipun, kita mesti ada kawan kawan atau orang terdekat yang macam diorang. 

Berg – Berg pandai cakap, selalu rasa apa yang dia buat betul. Rasa diri dia cool, taknak sama dengan orang lain. Dia jenis berpegang teguh pada prinsip dia dan lari dari kebiasaan. Jenis yang ‘ peduli apa orang lain nak kata apa ‘. 
Tapi dalam tak sedar, Berg ada jugak kelemahan, macam yang Ijam cakap, sebenarnya Berg ni pandai cakap je tapi diri dia pun miserable. Pada pandangan watak Ijam, Berg ni sorang yang loser yang masih lagi hanyut dengan angan angan dan tak grown up. Watak Berg ni aku rasa mewakili sebahagian besar karyawan muda yang terjun masuk dalam industri untuk benar benar bikin filem yang berkualiti. Diorang buat filem art yang takde siapa pun nak tengok, masih kehulu kehilir dengan cita cita untuk buat filem berkualiti padahal masyarakat nak kan filem filem pop corn. Last last diorang yang lingkup.

Ijam – Ijam ni digambarkan sebagai seorang yang realistik. Diantara empat orang kawan dia, hidup dia yang paling dilandasan yang betul. Tapi tanpa dia sedar, hidup dia hanya ikut acuan apa yang orang ( penonton ) nak. Macam Berg cakap, masa hari tua nanti sebenarnya dia takde apa apa yang nak dibanggakan pun. Watak Ijam ni gambaran untuk karyawan filem yang menghasilkan filem filem bodoh yang penonton nak. Ya, filem diorang laku, box office, tapi takde nilai pun. Watak Ijam ni loser yang sebenarnya.

Toyu – Toyu digambarkan sebagai seorang yang penakut, takut untuk menyuarakan pendapat, takut untuk memihak, malahan takut untuk melakukan sesuatu yang dia minat ( melukis ) sebab bagi dia, hidup perlu realistik ( mungkin memegang prinsip dengan melukis tak boleh cari makan ) lalu dia menjadi cikgu. Toyu dia mewakili golongan golongan karyawan filem yang pada awalnya masuk kedalam industri kerana seni, tapi akhirnya terpaksa melacurkan prinsip untuk mengikut kehendak penonton ( jadi realistik ).

Ali – Ali tak habis sekolah, Ali bodoh. Ijam benci Ali, Ali ni macam watak pengkritik filem tempatan yang sebenarnya sayangkan industri filem. Tapi diorang bukan pengarah ( tak habis sekolah ) dan dibenci Ijam ( pembikin filem stereotype sampah ) yang sentiasa ingat Ali ni selalu buat masalah.

Sofea Jane – Dalam kekalutan dunia lelaki yang kacau bilau, seorang wanita mampu berfikir dengan tenang dan waras. Watak Sofea Jane adalah contoh terbaik untuk ‘ Lelaki memang perlukan wanita dibelakangnya ‘. Dia tenang dalam kalangan lelaki lelaki yang kompleks, hal ini hanya wujud bagi karektor perempuan yang ada akal. Mungkin jika diletakkan watak bimbo disitu, perempuan akan turut sama terjerit jerit seperti dalam kebanyakan filem melayu lain?Atau watak Sofea Jane ni mewakili kelompok new wave – young filmmakers yang kekal tenang dan berkarya walaupun kiamat industri sedang berlaku dan semua big player tak kira yang art, yang sampah, yang tengah tengah dah tak percaya untuk bikin filem? 

Zelda – watak ni pula menggambarkan kebanyakan wanita wanita zaman sekarang yang lebih dominan dari lelaki dan boleh berdiri sendiri dan kalau lelaki tu taknak ikut cakap dia, dia tak berfikir panjang untuk tinggalkan lelaki tu ( Ijam keluar kereta dan mereka putus ) dan dia tak peduli. Realiti perempuan hari ni kot? 

( Atau, watak Zelda ni gambaran penonton massa yang sentiasa ingin membentuk Ijam ( pengarah filem filem mainstream ) . Penonton kelompok ini mengugut akan berhenti menyokong filem filem ( Ijam ) kalau dia berubah tetapi takde rugi pun untuk Ijam keluar dari kepompong dan berhenti mengikut kerana filem, akan sentiasa ada pengikut ( Akhirnya Ijam dengan penonton jenis baru ( sara ).

Cameo cameo dalam filem ni pun masing masing memainkan peranan penting, yang paling aku suka cameo dari Mamat Khalid ( yang secara tak langsung menempelak filemnya sendiri; pada aku sangat kelakar ) , Redza Minhat dan Tapai pun ada ( dengan dialog yang headshot kepada audience ).

Nanti aku sambung, hujan pulak. Malas aku

Tidak keterlaluan kalau aku kata kan yang kekuatan utama filem ini terletak di tangan pelakonnya yang berjaya membesarkan setiap babak kerana pada asasnya perjalan filem ini bergerak dengan agak perlahan. Bercakap tentang runut bunyi, runut bunyi bagi filem ini ialah lagu lygophobia dendangan Akim and the Majistret yang ‘kena’ dan digaul baik dengan babak setiap kali ia muncul (padahal lagu tu secara sendirinya sendu dan flop ketika di rilis kan pada tahun lepas). Kelemahan filem ini pula adalah pada beberapa babak yang jelas kelihatan ‘dibuat untuk televisyen‘ (aku tergelak kecil setiap kali keluar dialog atau babak babak ‘cerekarama’ yang melebih lebih tapi memandangkan memang filem ini pada asalnya dibuat untuk televisyen, ianya dimaafkan) walaupun ianya berkesan memerah air mata penonton. Oh ya, terdapat beberapa perkara sepanjang filem seperti telefon bimbit Nokia 3310 yang digunakan Wak Rosli tiba tiba boleh loudspeaker, baju merah kotak kotak sama yang dipakai Irwan dalam banyak babak dengan latar masa berlainan (kau takde baju lain ke, bro?) dan beberapa hal hal kecil lain yang mengganggu fokus penonton (sekurang-kurangnya aku tapi takpe aku maafkan jelah).

Kesimpulannya, Bisik Pada Langit ialah sebuah filem melodrama yang dibikin dengan baik dan pada aku, filem ini mendapat nasib malang kerana ia dilahirkan di Malaysia. Aku percaya, filem ini, kalau ditayangkan di Indonesia akan diraikan oleh peminat filem disana kerana sekurang-kurangnya filem filem yang mengangkat tema kekeluargaan, cinta dan kasih saying sebegini masih mendapat tempat dalam kalangan penonton di sana.

Psss: Buktikan yang aku salah, Bisik Pada Langit masih ditayangkan di pawagam seluruh negara – pergi tengok cepat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *